Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2010

Aktiviti Cuti Pertengahan Semester Terakhir..

Imej
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang... Ramai sungguh orang awam yang berkunjung ke tempat kami berprogram. Al-Maklumllah, program kami ini diadakan pada hari cuti sempena Tahun Baru Cina. Lokasi perkhemahan kami  : Gunung Tebu, Besut, Terengganu. Antara aktiviti yang diadakan adalah ceramah dan latihan dalam kumpulan (LDK). Fasililator kumpulan ini adalah saudara yang pakai baju belang-belang itu. Lupa pula namanya, mentang2 la ini bukan kumpulan LDK saya. Hehe..Maaf ya Saudara Fasi. Hmm, pak cik yang berkopiah ini lebih terkenal dengan jolokan Putra Mahameru. Sangat berfalsafah orangnya. Kursus Penugurusan Jenazah ini membuatkan saya seakan sedikit bernafas di dalam lumpur. Terlalu penat mendengarkan ceramah dan melayan perasaan kecewa, langit dicari untuk mencari kekuatan. Namun apa yang ALLAH berikan adalah nikmat yang menambahkan rasa iman. Subhanallah!! Sahabat2 saya sedang menjamah makan tengah hari dengan cara yang sangat digalakkan oleh Rasululla

Syukuri Bila Ada, Hargai Bila Bersama...

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.... Akibat Terlalu Dekat. Seorang penjual telur sedang sibuk di kedainya. Seorang pelanggannya sedang memilih telur ingin menguji kebijaksanaan si penjual telur. Dalam diam dia mengambil telur dan digenggamnya di dalam tangannya. "Jika awak bijak, cuba teka apa yang ada di dalam tangan saya ini?" kata pelanggan itu menunjukkan genggamannya. "Cuba berikan aku bayangan," pinta penjual telur. "Benda ini bentuknya seperti telur," ujar pelanggan. "Lagi?" "Warnanya seperti telur." "Lagi?" rayu penjual telur lagi. Pelanggang tersebut menggeleng-gelengkan kepalanya lantas berkata, "Belum cukup lagi? Baiklah, jika dimasak rasanya seperti telur. Ia cair dalam keadaan biasa tetapi bila dipanaskan menjadi pepejal." Penjual telur masih terpinga-pinga. "Tolong berikan lagi pembayang yang lebih hampir." "Di dalamnya ada cecair yang berwarna putih m

Daku Kembali!!

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.... L ama sangat saya menyepikan diri. Ada antara teman blog yang bertanya bila saya mahu up date blog saya ini. Dan ada teman yang berfikir saya telah berhenti menulis blog kerana tugas saya apabila masuk tahun baru masihi ini begitu bertimbun.  Ya, tugas saya semakin bertimbun. Saya fikir, apabila berada di semester akhir pengajian, dapatlah saya menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran. Hehe..Tidak rupa-rupanya.  N amun selama sebulan saya tidak berblog ini, terlalu banyak kisah dan peristiwa yang saya alami. Sungguh mendewasakan diri ini. Saya sangat bersyukur pada Ilahi kerana diberi peluang merasai kemanisan, kepahitan, keindahan dan kesuraman hidup hanya dalam tempoh masa sebulan. Masya ALLAH!! Dari peristiwa-peristiwa yang saya anggap merupakan ‘tarbiyah’ dari ALLAH ini telah menemukan saya pada jiwa saya yang telah lama menghilang. Hilang setelah segala cita-cita dan impian yang saya lakarkan  bersama  ayah