Catatan

Tunjukkan catatan dari 2009

Antara Lobak, Telur Dan Kopi…

Imej
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang... “Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan bertanya mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Setiap kali satu masalah selesai, timbul pula masalah baru. Ayahnya yang bekerja sebagai tukang masak membawa anaknya itu ke dapur. Dia mengisi tiga buah periuk dengan air dan menjerangkannya di atas api. Setelah air di dalam ketiga-tiga periuk tersebut mendidih, dia memasukkan lobak merah di dalam periuk pertama, telur dalam periuk kedua dan serbuk kopi dalam periuk terakhir. Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar sambil memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh ayahnya. Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Dia menyisihkan lobak dan menaruhnya dalam mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya dalam mangkuk yang lain dan menuangkan ko

Tentang Hidup Ini...

Imej
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang… Kehidupan di dunia ibarat satu persekolahan. Manusia di alam dunia ini bagai pelajar yang sedang menimba ilmu untuk bekalan menghadapi kehidupan sebenar pada dewasanya (kehidupan akhirat). Hasil pelajaran pada zaman kanak-kanak ini jika baik pelajarannya, maka zaman remajanya (alam barzakh) akan terjaga baik. Sesungguhnya siri pengajaran/pelajaran yang dipelajari dari sekolah kehidupan ini amat penting. Namun seringkali saya alpa sehingga mengabaikan ‘pelajaran’ (sebarang bentuk bekalan untuk hari yang pasti@akhirat. Cth: ibadah wajib diambil ringan, ibadah sunat jarang2 diamalkan kerana terlalu sibuk dengan aktiviti keduniaan dll) dengan mengejar kecemerlangan dalam aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum (hal ehwal dunia) ini tidak dinafikan kepentingannya sebagai nilai tambah yang perlu ada pada seorang pelajar (manusia) untuk cemerlang dari segi intelektual, sahsiah dan dilihat berketrampilan (cemerlang di sini memb

Sepotong Ayat, Sebaris Kata Dari Sebuah Perkenalan...

Imej
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang... (Sebagai melunas janji pada kenalan yang meminta kata-kata dariku...) Puitisnya kata-kata yang lahir dari kreatifnya si penulis, hanya bisa menarik hati buat akal-akal logik dan jiwa yang kosong. Manakala puitisnya kata-kata yang dizahirkan dari empati dan prihatinnya si penulis, hanya mampu mengusik hati-hati yang sensitif. Namun, puitisnya kata-kata yang lahir dari hati yang bertaqwa dapat membuat akal-akal logik tunduk berfikir, mengisi sinar pada jiwa yang kosong dan memukul hati yang sensitif untuk merenung dan bertindak. Sesungguhnya... Bukan mudah untuk mencipta sepotong ayat. Kata-kata selalu menyebabkan hati manusia terusik. Terusik pada indah dan puitisnya kata-kata, lalu hati lekas leka. Terusik pada tingginya falsafah dan pengertian kata-kata itu, justeru hati menjadi kagum pada yang tidak selayaknya. Terusik pada luhurnya kata-kata yang lahir dari ketinggian akhlak, lantas memungkinkan berlakunya zina hati. M

Dan Jemariku Kembali Menari...

Imej
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang... Lama benar rasanya jari jemari saya tidak menari di atas papan kekunci komputer riba untuk mengemaskini blog yang tidak seberapa indah ini. Dan Alhamdulillah saya diberi kesempatan untuk kembali menulis di blog yang sudah sebulan ditinggalkan. Cuti semester selama sebulan ini rasa begitu pantas sekali berlalu. Pejam celik, pejam celik. Saya sudah memasuki semester akhir pengajian. SEKOLAH KEHIDUPAN Selama sebulan bercuti, pelbagai peristiwa dan pengalaman baru yang ditempa. Semestinya setiap pengalaman itu adalah pelajaran buat saya. Bukankah kehidupan itu ibarat sebuah sekolah? (Seperti judul blog saya, Sekolah Kehidupan. Anda boleh memilih untuk tidak bersetuju jika anda mempunyai pandangan yang berbeza tentang kehidupan.) Setiap peristiwa dan pengalaman yang kita lalui itu sebenarnya tidak lebih daripada siri ‘pelajaran’ yang akan dilalui oleh setiap ‘pelajar’nya. Seterusnya, dalam setiap siri pelajaran sudah pasti ad

Pertemuan Kedua..

Imej
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang... Puisi ini kudedikasikan buat seorang teman.. Sekadar luahan hati, mohon agar dia mengerti.. Demi Tuhanku (ALLAH)! Aku bersabar banyak, Untuk pertemuan kedua ini. Demi cintaku pada-Nya! Aku terus melayanimu, Untuk pertemuan kedua ini. Sungguh, perlu kau tahu! Aku mendekatimu, Kerana minatmu mengenali agamaku, Aku kasihkanmu, Kerana cintamu pada kami Si pembela agama. Dan perlu kau tahu! Jika hilang minatmu pada agamaku, Maka hilanglah minatku mendekatimu, Jika hilang cintamu pada kebenaran, Maka hilanglah jua kasihku pada keikhlasanmu. Sungguh seperti yang kukhabarkan, Tiada cinta padaku sebelum perkahwinan, Cinta kudus kusimpan jauh di sudut hati, Buat lelaki bernama suami, Yang tak mungkin kukongsi pada mana-mana lelaki.

Tiba-Tiba Terjaga Dari Tidur..

Imej
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...  Artikel muhasabah yang saya ambil daripada majalah kesayangan saya, Majalah Solusi, Isu 12...Isu 13 dah lama berada di pasaran. Kalau ada terjumpa di mana-mana kedai buku, silalah beli..Cuba untuk membacanya barang sekali..Insya ALLAH nak baca lagi.. Saat sedang nyenyak dibuai mimpi di atas tilam yang begitu empuk, bilik yang dingin dan kelam tanpa cahaya, anda terbangun tiba-tiba.  Setelah mata terbuka, persekitaran diamati. Belum subuh lagi ni, hati bermonolog sendirian. Kemudian tangan mencapai telefon bimbit melihat jam sekadar mendapatkan satu kepastian. "Oh, baru pukul 3 pagi." Dalam situasi seperti di atas, apakah yang akan anda lakukan? Di sini anda mempunyai beberapa pilihan. Tanya iman anda dan buatlah pilihan yang bijak. Pilihan 1      Kebanyakan kita akan menarik selimut semula dan menyambung episod kedua mimpi yang tergantung separuh jalan. Bukan itu sahaja, hati turut mengomel, "Apasal l

Andai Hati Mampu Berkata-kata...

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang... (Moga puisi ini dijauhkan daripada kata-kata syaitan yang melalaikan dan menyesatkan..) Andai hati ini mampu berkata-kata.. Tentu lidah sudah tidak lagi mampu berbicara.. Baik kupendamkan saja apa yang tersirat di hati, berbicara sepi.. Kerna tak ingin tubuh lain turut menanggung beban.. Cukuplah akal yang satu ini terus berjuang meski seakan menegakkan benang yangg basah.. Aduhai jiwa.. Terlalu acap senyumanku mengguris dan merobek kehalusanmu.. Maafkan aku, maafkan aku.. Ya ALLAH, tuntunlah jiwa ini agar sentiasa merelai senyumanku..

Perkahwinan Campur...(Bhgn 3)

Imej
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang... Seperti yang dijanjikan dalam bahagian kedua artikel, saya bawakan beberapa perkara yang perlu anda semak sebelum mengambil keputusan untuk kahwin campur ni..Apa2 pun, keputusan yang terbaik itu datangnya dari ALLAH SWT..Maka, perkara di bawah hanya cadangan sahaja, bukan bermaksud perlu dijadikan rujukan. Silalah berikan komen anda nanti ye..Mungkin penambahbaikan ke.. Sebelum kahwin: 1. Lihat kemampuan kita . Adakah kita sudah cukup bersedia fizikal dan mental untuk menjadi isteri kepada seorang mualaf ? Banyak perkara yang masih beliau perlu belajar..belajar mengaji, belajar berpuasa, mengerjakan solat lima waktu dsb..Kita perlu banyak bersabar dengan persoalan2nya, perlu mendidik sedangkan setiap isteri mahukan suami yang mampu mendidik dan anda terpaksa menahan hati bila suami anda tidak dapat bersama-sama berqiamullail..Kemungkinan besar kebanyakan  masanya akan diisi dengan membaca buku2..Tetapi sekiranya anda

Perkahwinan Campur...(Bhgn 2)

Imej
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.. Perkahwinan campur..Apa salahnya? (Di sini saya khususkan kepada perkahwinan campur rakyat tempatan yang berlainan bangsa/kaumnyanya..Bukan rakyat tempatan dengan rakyat luar..Kalau dengan warganera asing ni,perlu perbincangan yang lebih mendalam lagi.) Pesanku; Ustaz/ah bergaullah dengan non-muslim, jangan bergaul sesama sendiri sahaja..Jika ada antara mereka yang meminati ustaz/ah, apa salahnya gunakan peluang tersebut memperkenalkan Islam..Saya ada mendengar ceramah Sdara Shah Kirit Bin Kakulal Gavindji (melalui youtube), iaitu seorang pendakwah di Yayasan Maklumat dan Perkhidmatan Islam (IIF).. Beliau mengatakan bahawa orang Islam ni dapat dibahagikan kepada 2, iaitu Islamik dan orang2 yang jauh dari Islam. Golongan yang Islamik ni sudah tentulah ustaz/ah dan tok imam. Namun golongan ni selalu bergaul sesama mereka je, kurang bergaul dgn non-muslim. Maka golongan yang di’harap’kan ini tdk mengetahui apakah masala

Perkahwinan Campur...(Bhgn 1)

Imej
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.. Apabila menyebut soal JODOH, kebanyakan mereka yang masih belum berumah tangga sudah tentu terbayang wajah calon suami/isteri anda (bagi yang dah ada calon)..Bagi yang belum berpunya mahupun belum bersedia apatah lagi belum merancang untuk memiliki pasangan dan mendirikan rumah tangga  pada waktu ini pula, pasti akan keluar dalam benak mereka ciri-ciri pasangan yang diidamkan..Hmm, pendek kata semua orang dah melatakkan standart2 tertentu bagi bakal teman hidupnya. "Saya ingin bertanya, ciri-ciri pasangan yang bagaimanakah yang kalian dambakan wahai sahabat2ku?" persoalan ini pernah kulontarkan pada sahabat muslimat yang selalu 'melepak' dalam surau di asrama kami.  Seperti yang dijangka, kebanyakan sahabat saya menjawab.."Yang beriman dan bertaqwa..Yang dapat membimbing ke arah kebaikan..Yang dapat memberi jaminan hidup..Yang bertanggungjawab..Yang sekufu, supaya mudah untuk kedua2nya bergerak dal

Di Jalan Dakwah Aku Bernikah..

Imej
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.. Artikel ini saya cari dan jumpa dari laman web popular, iluvislam.com..Sebagai perkongsian yang perlu diambil ikhtibar dan tindakan.. 'Atribute' yang diberikan Islam kepada kita, salah satunya adalah "dai ilallah". Kita dituntut untuk merealisasikan dakwah dalam seluruh kehidupan kita. Setiap langkah kita sesungguhnya adalah dakwah kepada ALLAH, oleh sebab itulah Islam terkhabarkan kepada masyarakat. Bukankah dakwah bermakna mengajak manusia merealisasikan ajaran-ajaran ALLAH dalam kehidupan seharian? Sudah selayaknya kita sebagai pelaku menunaikannya buat pertama kali, sebelum mengajak kepada orang lain. Pernikahan akan bersifat dakwah apabila dilaksanakan sesuai dengan tuntunan Islam dan menimbang berbagai kemaslahatan dakwah dalam setiap langkahnya. Dalam memilih jodoh, dipilihkan pasangan hidup yang bernilai optimal bagi dakwah. Dalam menentukan siapa calon jodoh tersebut, dipertimbangkan pula kema

Yang Kupinta vs Yang Kuperlukan...

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang... Bila aku meminta KEKUATAN, ALLAH memberikanku RINTANGAN agar aku kuat. Bila aku meminta KEBIJAKSANAAN, ALLAH memberikanku MASALAH agar aku menyelesaikannya. Bila aku meminta KEKAYAAN, ALLAH memberikanku AKAL agar aku bekerja. Bila aku meminta KEBERANIAN, ALLAH memberikanku BAHAYA-BAHAYA dan DUGAAN agar aku mengatasinya. Bila aku meminta CINTA, ALLAH memberiku ANAK-ANAK terbiar untukku bantu. Bila aku meminta KURNIA, ALLAH memberikanku KESEMPATAN. Dalam semua hal itu... aku TIDAK MENERIMA apa yang AKU INGINKAN, Tetapi aku MENERIMA apa yang AKU PERLUKAN. Ternyata doaku telah dikabulkan-NYA.

Manusia dan Dunia...

Imej
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.. (Suatu perkongsian untuk renungan bersama...Buat diriku khususnya..) Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar pada suatu petang bila, sebaik saja muazzin melaungkan azan, pandanganku jatuh pada belakang seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya, walaupun berbaju abaya penuh hitam, purdah merentang kepala dan wajahnya, wanita itu berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya, dan wanita itu memberikanku anggukan kecil tapi bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera. Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan pandangan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu alasan demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid -bukan kah masanya telah tiba untuk solat? tapi perdebatan itu telah tamat tiada apa yang boleh dilakukan tapi mengikut wanita tersebut.. A

Orang Ikhlas Kuat Hatinya...

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang... Cerita ini sering didengar apabila membicarakan mengenai keikhlasan.  Ia ditulis oleh Imam al-Ghazali dalam Ihya' Ulumuddin.   Kisah seorang lelaki soleh yang mendapat berita mengenai sebatang pokok yang menjadi sembahan orang ramai di sebuah kampung. Dengan semangat amar makruf nahi mungkar, lelaki itu mengambil sebilah kapak dan pergi untuk menebang pokok tersebut.  Di pertengahan jalan dia bertemu dengan syaitan yang menyamar sebagai seorang lelaki.  Syaitan menghalangnya dan berlakulah pergelutan.  Lelaki soleh itu dengan mudah mengalahkan syaitan.  Syaitan tidak puas hati lalu berlakulah pergelutan demi pergelutan yang tetap dimenangi oleh lelaki soleh itu. Akhirnya syaitan mengaku kalah, tetapi ia menukar strategi.  Ia membuat satu tawaran kepada lelaki soleh itu.  Syaitan akan memberikan satu dinar emas pada setiap pagi sekiranya lelaki itu membatalkan niatnya untuk menebang pokok sembahan itu.  Lelaki soleh i

Pergilah Gelita,Hadirlah Cahaya...

Imej
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang... Salam sesuci lebaran buat sahabat2 semua..Di hari yang penuh kesayuan ini (hari2 terakhir dalam bulan Ramadhan), saya ingin sekali memanjatkan kesyukuran ke hadrat-Nya yang telah memberikan kesempatan sekali lagi melalui Ramadhan pada tahun ini. Dan saya bermohon agar Ramadhan tahun ini bukanlah Ramadhan yang terakhir buat diri saya..Amin.. Menjelang Aidilfitri yang penuh dengan rasa kasih sayang sesama umat ini, saya ingin mengambil ruang dan peluang untuk memohon ribuan kemaafan buat sahabat2 yang mengenali diri ini ..Maafkan segala dosa2 yang saya lakukan pada kalian sama ada secara tidak sengaja atau dengan segaja..Halalkan jua segala makan, minum, hutang (sama ada duit yang nilainya kecil-kalau besar nanti saya bayar ye../tenaga/tanggungjawab yang tidak terlaksana dengan sempurna/dsb), mencuri masa dan tumpuan atau apa sahaja yang memberi kesan buruk pada anda dosa pada saya.. Sambutlah Aidilfitri dengan penuh

Kita Sering Beralasan!!!

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang... Kita tidak punya banyak pilihan... Dalam hidup ini cuma ada dua pilihan..Jalan lurus atau bengkok. Baik atau jahat. Susah atau senang.  Bahagia atau sengsara. Syurga atau neraka. Semuanya berkisarkan dua pilihan ini sahaja. Cuma ada dua pilihan sahaja. Namun terlalu banyaknya perkara yang memerlukan kita untuk membuat pilihan. Kekadang kita buntu untuk membuat keputusan. Terutamanya dalam perkara yang melibatkan orang2 yang kita percaya atau sayang..Perkara2 yang berkaitan kepercayaan/prinsip, hati dan perasaan, dan adakalanya banyak perkara kecil yang perlu diputuskan .. Orang selalu sebut2 bahawa hidup ini memerlukan pengorbanan. Pengorbanan yang bagaimana? Pengorbanankah bila kita terpaksa memilih untuk melakukan kejahatan untuk membantu keluarga yang susah dengan mencuri dan sebagainya? Pengorbanankah itu? Memilih untuk hidup susah daripada hidup senang, duit yang ada digunakan sepenuhnya untuk jalan ALLAH tetapi is

Tentang Mati..Jumaat Yang Menakutkan..

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.... Saiyidina Ali r.a. pernah berkata, " Bahawa manusia itu tidur lena, apabila kematian tiba baru dia terjaga dari tidurnya."  Demikianlah orang yang tidak mengingati mati itu sentiasa dalam keadaan lalai atau bagaikan orang yang tertidur lena. Dia akan terkejut ketika kematian tiba secara mendadak .." Abdullah bin Umar r.a. berkata, bahawa ketika dia sedang duduk-duduk di sisi Rasulullah S.A.W. lalu datang seorang lelaki memberi salam dan bertanya kepada Rasulullah, " Siapakah yang lebih utama (lebih baik) dalam kalangan orang yang beriman?" Jawab Rasulullah, "Orang yang lebih baik dalam kalangan orang beriman ialah mereka yang berakhlak mulia." Kemudian lelaki itu bertanya lagi, "Siapakah orang yang paling cerdik dalam kalangan orang yang beriman?" Jawab Rasulullah S.A.W. , "Orang yang paling cerdik ialah mereka yang banyak mengingati mati dan banyak membuat persiapan

Mengapa Aku Diuji???

Rasa agak lama saya tidak menulis. Sepanjang saya menyepikan diri ini banyak perkara yang saya lalui, memberikan pengalaman dan nilai tambah kepada saya yang merupakan hamba yang begitu lemah dan hina di sisi ALLAH. Pengalaman yang saya hadapi bukanlah pengalaman2 yang menggembirakan hati. Lebih banyak kepada bentuk2 peringatan kepada diri saya yang sering alpa. Kematian insan2 yang begitu rapat dalam hidup saya secara mengejut dan berlaku dalam tempoh waktu yang tidak jauh..diuji dengan kepayahan hidup..adik2 yang tiada penjaga dirumah..fitnah yang melanda..masalah pembahagian masa dan sebagainya membuatkan saya agak suka menyendiri. Bermuhasabah dan lebih mendekatkan diri pada Yang Esa. Saya merasakan hari-hari yang saya lalui sepanjang minggu lepas adalah minggu tarbiyah dari ALLAH SWT. Maha Suci ALLAH!! Saya teringat akan salah satu artikel yang pernah saya baca suatu ketika dahulu berkenaan 'Mengapa Manusia Diuji'. Saya mencarinya dan ini dia..Saya kongsikan bersama2 a