Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2009

Mengapa Orang Perempuan Suka Menangis??

Imej
Petang semalam saya terlalu banyak mengalirkan air mata. Saya rasa la...Tidak mengerti mengapa. Hehe...Pelikkan bila saya sendiri tidak faham mengapa saya perlu menangis sedangkan saya telah berjanji untuk tidak menghabiskan atau mensia-siakan air mata saya pada perkara yang remeh temeh.. Nak tahu mengapa saya menangis? Kerana saya membaca mesej seorang sahabat yang berlainan jantina dengan saya..Mesejnya membuat saya rasa begitu dihargai sebagai seorang teman seperjuangan dan seorang kakak. Tapi yang tak enaknya..dalam masa yang sama saya rasa lain macam la pula..Adakah sahabat saya ni terkena penyakit hati? Huh?? Atau saya yang terlalu sensitif lantas berburuk sangka terhadap sahabat sendiri? Apakah perlu soalan sebegini diuatarakan? (Soalan untuk diri saya sendiri sebenarnya.) Tapi apa2 pun..saya mahu membawakan satu cerita yang pernah saya baca dalam sebuah artikel yang saya simpan dulu. Saya taip balik untu dikongsikan bersama anda. Bacalah.. Seorang kanak-kanak lelaki be

Yang Pertama Tidak Akan Sama Dengan Yang Kedua...

Imej
Yang pertama tidak akan pernah sama dengan yang kedua kalinya... Kerana istimewanya yang pertama itu... Di situ letaknya memori... Kenangan suka duka lebih melekat... Kerana manusia belajarnya dari pengalaman... Yang pertama tidak akan pernah sama dengan yang kedua kalinya... Kerana di situ mulanya tapak... Untuk mengatur langkah... Kerana bukan senang menggapai kejayaan... Yang pertama itulah lebih dekat... Sama-sama merasakan kepayahan... Jatuh bangun... Rajuk hati... Sedu sedan.. Tiada rahsia... Sama-sama belajar... Memahami... Dan saling menyokong... Kasih sesama sendiri... Percaya meski masih terlalu baru mengenali... Andai ada yang kali kedua itu... Yang dipinta hanyalah...... Untuk bersama-sama teman yang pertama kali... Pertama kali berkenalan... Pertama kali bekerjasama... Pertama kali belajar memahami... Pertama kali merangkak dalam situasi yang tak semua orang sudi bersama... Yang pertama kali tidak akan pernah sama dengan yang kedua kalinya... Andai ada yang kali kedua itu.

BUKAN SEKADAR CINTA...

Imej
Begitu banyak ungkapan tentang cinta kepada ALLAH SWT. Rasa cinta memang mutlak diperlukan untuk beribadah kepada-Nya. Tapi adakah cukup kita memperhamba diri hanya dengan bermodalkan cinta? Imam Al-Ghazali berkata bahawa sesungguhnya roja' (rasa berharap) dan khauf (rasa takut) adalah dua sayap. Dengan kedua-duanya, menusia yang mendekatkan diri kepada ALLAH SWT terbang menuju ke kedudukan yang terpuji. Rabiah Al Adawiyah, sufi wanita, mengatakan bahawa dia beribadah hanya kerana cinta, bukan kerana takut kepada neraka atau kerana mengharapkan syurga. Dia beribadah semata-mata hanya kerana cinta kepada ALLAH SWT. Tapi manusia bukanlah malaikat. Mungkin ALLAH SWT memang memilih segelintir hamba-Nya yang mampu merasakan kesempurnaan cinta yang luar biasa. Tidak semua orang mampu mencapainya. Manusia adalah manusia. Dengan sedikit khilaf tetap mengharapkan rahmat-Nya. Dengan setompok dosa yang memohon pengampunan-Nya. Dengan sedikit amal yang mengharap syurga-Nya. Manusia