Catatan

Renungkan dan Bersyukurlah..

Bismillah.. Setiap manusia seharusnya selalu mengingati nikmat yang Allah kurniakan kepadanya kerana nikmat kurniaannya itu meliputi dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Bahkan tubuh badan yang sihat, negara yang aman damai, udara dan air yang bersih merupakan antara banyak nikmat lain yang telah dikurniakanNya.              …sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghituungnya…   (Ibrahim:34)             Begitu banyaknya nikmat yang telah Allah anugerahkan kepada engkau. Dunia ini berserta apa yang ada di dalamnya telah diciptakan Allah untuk engkau, tetapi anda tidak pernah menyedarinya. Begitu juga engkau menguasai kehidupan, tetapi engkau tidak menyedarinya.              …Dia telah memberikan nikmat-nikmatNya secara sempurna kepada kalian, baik yang zahir mahupun yang batin….  (Luqman:20)             Engkau telah diberikan sepasang mata, satu lidah, dua bibir, dua tangan dan dua kaki.              Maka nikmat Tu

Daku Kembali dan Mahu Terus di sini..

Bismillah.... Dah bertahun blog ni terbiar.. Dan dah dekat sebulan juga saya cuba kuatkan semangat untuk kembali menulis.. Saya menulis di blog ini bukan saja2.. Saya menulis bukan untuk mencari rezeki.. Apatah lagi untuk dikenali.. Tetapi.. Saya menulis kerana Allah.. Saya menulis kerana mahu berkongsi ilmu.. Saya menulis kerana mahu berdakwah.. Moga2 apa yang saya tulis nanti akan menjadi...   ilmu yang bermanfaat buat seseorang..   pencerahan buat yang mencari kebenaran (Islam)..   muhasabah diri buat yang mencari pedoman.. Apa yang paling penting.. Moga semua perkongsian yang saya siarkan, Menjadi wadah mencapai redha Illahi, Dan menjadi bekal pahala untuk sampai ke syurga, Aamiin.. Hidup di dunia singkat bukan? Berapa lama kita (manusia) ini boleh hidup? 60 tahun? 70 tahun? 80 tahun? Paling lama pun yang kita pernah tahu hanya 100++ tahun kan? 100 tahun?? Ya, panjang betul umur orang itu kan kita rasa? Itu yang kita rasa.. Yang kita fikir dan yang

Masuk Islam atau Masuk Melayu?

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.... Pernahkah anda ditanya, "Adakah anda akan keluar daripada Islam untuk berkahwin dengan kekasih anda yang bukan Islam?" Soalan inilah yang saya terima 2 minggu lalu daripada seorang rakan non-muslim . Soalan tersebut diajukan kepada saya apabila saya memberitahu duduk perkara sebenar hubungan baik saya dengan seorang lelaki non-muslim yang mendapat tentangan keluarga kedua belah pihak. Saya dan seorang sahabat yang menemani saya pada ketika itu sangat terkejut dengan persoalan itu. Saya sempat melihat wajah sahabat saya berubah keruh. Saya? Saya tersenyum dan berlagak seperti biasa. Tidak sampai hati mahu mengatakan padanya bahawa lelaki non-muslim yang berkawan baik dengan saya itu sedang berjinak-jinak dengan Islam. Maka, saya tidak membiarkan mad'u saya menanti lama-lama jawapan daripada saya. Saya menjawab; "Sebab itu saya lebih prefer bercinta selepas berkahwin. Lagipun saya dapati kebanyakan pas

Metodologi Berdakwah.

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.... "...Mahukah kamu Aku tunjukkan satu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? "  " (iaitu) kamu beriman kepada ALLAH  dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan ALLAH dengan harta dan jiwamu ..." (Surah As-Saff, 61:10-11) Apa untungnya menjalankan perdagangan/perniagaan dengan ALLAH?? "Perumpamaan orang yang meng infak kan hartanya dijalan ALLAH seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai , pada setiap tangkai ada seratus biji ..."  (Surah Al-Baqarah, 2:261) Apa yang dimaksudkan dengan perdagangan atau perniagaan dengan ALLAH? Perdagangan dengan ALLAH = jihad dengan harta dan jiwa, & infak harta ke jalan ALLAH. % Keuntungan yang dijanjikan = 700 x 100%   =  70, 000%   (setiap 1 daripada 7 tangkai menghasilkan 100 hasil)  (maka, 7 tangkai x 100 hasil = 700) Lain orang, lain tempat, lainlah juga pendekatan dakwah yang digunakan. Daripada senarai metod di bawah,

Kewajipan Berdakwah....

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang…. Bila disebut tentang dakwah, kebanyakan individu pada hari ini akan menganggap bahawa tugas berdakwah adalah tugas para agamawan. Benarkah begitu? Mari kita kaji dan selidik terlebih dahulu kesbenaran tanggapan tersebut. Apakah hukum menunaikan solat? Apakah pula hukum menghormati ibu bapa? Kenapa anda mengatakan hukumnya sebegitu? Adakah kerana…Kawan anda yang berkata demikian? Atau kerana solat itu merupakan tiang agama dan tambahan pula solat itu tersenarai dalam Rukun Islam? Bagaimana pula menghormati ibu bapa? Sama bukan hukumnya? Menghormati ibu bapa termasuk dalam senarai Rukun Iman atau Rukun Islam ke? Maka, apakah pula hukum berdakwah? Jika dilihat, hukum menunaikan solat dan menghormati ibu bapa adalah wajib. Hal ini kerana terdapat di dalam Al-Quran berkenaan ayat-ayat yang mana ALLAH memerintahkan hambanya mengerjakan solat. Begitu juga di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat yang menunjukkan perintah ALLAH agar

Apa Itu Ilmu Perbandingan Agama?

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang....  Sejak kebelakangan ini, Kuala Lumpur telah dibanjiri dengan pelbagai dialog antara agama. Tidak kira sama ada dianjurkan oleh universiti-universiti tempatan mahupun yang dianjurkan oleh badan-badan tertentu. Ini suatu perkembangan yang baik saya kira. Namun masih wujud sebilangan Muslim yang gerun untuk menghadiri dialog-dialog ini kerana dikhuatiri akan menimbulkan kontroversi dan pertelagahan antara kaum. Allah.. Sampai begitu mereka berfikir? Ya. Mungkin mereka tidak pernah didedahkan dengan suasana sebenar dialog tersebut, maka kitalah yang bertanggungjawab untuk membawa mereka untuk melihat situasi sebenarnya. Atau mungkin golongan ini pernah mengalami pengalaman pahit atau kurang menggembirakan semasa menghadiri mana-mana dialog antara agama. Maka, tugas kitalah untuk mengembalikan keyakinan mereka untuk kembali mendekati ilmu ini. Saya melihat perkembangan yang sangat baik terhadap Ilmu Perbandingan Agama ini. Sema

Aktiviti Cuti Pertengahan Semester Terakhir..

Imej
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang... Ramai sungguh orang awam yang berkunjung ke tempat kami berprogram. Al-Maklumllah, program kami ini diadakan pada hari cuti sempena Tahun Baru Cina. Lokasi perkhemahan kami  : Gunung Tebu, Besut, Terengganu. Antara aktiviti yang diadakan adalah ceramah dan latihan dalam kumpulan (LDK). Fasililator kumpulan ini adalah saudara yang pakai baju belang-belang itu. Lupa pula namanya, mentang2 la ini bukan kumpulan LDK saya. Hehe..Maaf ya Saudara Fasi. Hmm, pak cik yang berkopiah ini lebih terkenal dengan jolokan Putra Mahameru. Sangat berfalsafah orangnya. Kursus Penugurusan Jenazah ini membuatkan saya seakan sedikit bernafas di dalam lumpur. Terlalu penat mendengarkan ceramah dan melayan perasaan kecewa, langit dicari untuk mencari kekuatan. Namun apa yang ALLAH berikan adalah nikmat yang menambahkan rasa iman. Subhanallah!! Sahabat2 saya sedang menjamah makan tengah hari dengan cara yang sangat digalakkan oleh Rasululla