Metodologi Berdakwah.

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang....

"...Mahukah kamu Aku tunjukkan satu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?
" (iaitu) kamu beriman kepada ALLAH  dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan ALLAH dengan harta dan jiwamu..."
(Surah As-Saff, 61:10-11)
Apa untungnya menjalankan perdagangan/perniagaan dengan ALLAH??
"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya dijalan ALLAH seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji..."  (Surah Al-Baqarah, 2:261)
Apa yang dimaksudkan dengan perdagangan atau perniagaan dengan ALLAH?

Perdagangan dengan ALLAH = jihad dengan harta dan jiwa, & infak harta ke jalan ALLAH.

% Keuntungan yang dijanjikan = 700 x 100% 70, 000%  (setiap 1 daripada 7 tangkai menghasilkan 100 hasil)  (maka, 7 tangkai x 100 hasil = 700)

Lain orang, lain tempat, lainlah juga pendekatan dakwah yang digunakan. Daripada senarai metod di bawah, ada sesetengah orang dapat menggunakan lebih daripada satu. Apa pun, cara berdakwah perlu disesuaikan dengan penuh hikmah mengikut 'dengan siapa kita berdakwah', 'di mana kita berdakwah' dsb.

Cara Berdakwah:
1. Dakwah Bil Hal (akhlak)
2. Dakwah Bil Lisan (kata-kata)
3. Dakwah Bil Kitabul (penulisan)
4. Dakwah Bil Mal (harta)
5. Dakwah Bil Hikmah
6. Dakwah Muqaranah Al-Adyan (perbandingan agama)
Wallahu'alam....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Andai Hati Mampu Berkata-kata...

Apa Itu Ilmu Perbandingan Agama?

Antara Lobak, Telur Dan Kopi…