Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2010

Masuk Islam atau Masuk Melayu?

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.... Pernahkah anda ditanya, "Adakah anda akan keluar daripada Islam untuk berkahwin dengan kekasih anda yang bukan Islam?" Soalan inilah yang saya terima 2 minggu lalu daripada seorang rakan non-muslim . Soalan tersebut diajukan kepada saya apabila saya memberitahu duduk perkara sebenar hubungan baik saya dengan seorang lelaki non-muslim yang mendapat tentangan keluarga kedua belah pihak. Saya dan seorang sahabat yang menemani saya pada ketika itu sangat terkejut dengan persoalan itu. Saya sempat melihat wajah sahabat saya berubah keruh. Saya? Saya tersenyum dan berlagak seperti biasa. Tidak sampai hati mahu mengatakan padanya bahawa lelaki non-muslim yang berkawan baik dengan saya itu sedang berjinak-jinak dengan Islam. Maka, saya tidak membiarkan mad'u saya menanti lama-lama jawapan daripada saya. Saya menjawab; "Sebab itu saya lebih prefer bercinta selepas berkahwin. Lagipun saya dapati kebanyakan pas

Metodologi Berdakwah.

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.... "...Mahukah kamu Aku tunjukkan satu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? "  " (iaitu) kamu beriman kepada ALLAH  dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan ALLAH dengan harta dan jiwamu ..." (Surah As-Saff, 61:10-11) Apa untungnya menjalankan perdagangan/perniagaan dengan ALLAH?? "Perumpamaan orang yang meng infak kan hartanya dijalan ALLAH seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai , pada setiap tangkai ada seratus biji ..."  (Surah Al-Baqarah, 2:261) Apa yang dimaksudkan dengan perdagangan atau perniagaan dengan ALLAH? Perdagangan dengan ALLAH = jihad dengan harta dan jiwa, & infak harta ke jalan ALLAH. % Keuntungan yang dijanjikan = 700 x 100%   =  70, 000%   (setiap 1 daripada 7 tangkai menghasilkan 100 hasil)  (maka, 7 tangkai x 100 hasil = 700) Lain orang, lain tempat, lainlah juga pendekatan dakwah yang digunakan. Daripada senarai metod di bawah,

Kewajipan Berdakwah....

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang…. Bila disebut tentang dakwah, kebanyakan individu pada hari ini akan menganggap bahawa tugas berdakwah adalah tugas para agamawan. Benarkah begitu? Mari kita kaji dan selidik terlebih dahulu kesbenaran tanggapan tersebut. Apakah hukum menunaikan solat? Apakah pula hukum menghormati ibu bapa? Kenapa anda mengatakan hukumnya sebegitu? Adakah kerana…Kawan anda yang berkata demikian? Atau kerana solat itu merupakan tiang agama dan tambahan pula solat itu tersenarai dalam Rukun Islam? Bagaimana pula menghormati ibu bapa? Sama bukan hukumnya? Menghormati ibu bapa termasuk dalam senarai Rukun Iman atau Rukun Islam ke? Maka, apakah pula hukum berdakwah? Jika dilihat, hukum menunaikan solat dan menghormati ibu bapa adalah wajib. Hal ini kerana terdapat di dalam Al-Quran berkenaan ayat-ayat yang mana ALLAH memerintahkan hambanya mengerjakan solat. Begitu juga di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat yang menunjukkan perintah ALLAH agar

Apa Itu Ilmu Perbandingan Agama?

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang....  Sejak kebelakangan ini, Kuala Lumpur telah dibanjiri dengan pelbagai dialog antara agama. Tidak kira sama ada dianjurkan oleh universiti-universiti tempatan mahupun yang dianjurkan oleh badan-badan tertentu. Ini suatu perkembangan yang baik saya kira. Namun masih wujud sebilangan Muslim yang gerun untuk menghadiri dialog-dialog ini kerana dikhuatiri akan menimbulkan kontroversi dan pertelagahan antara kaum. Allah.. Sampai begitu mereka berfikir? Ya. Mungkin mereka tidak pernah didedahkan dengan suasana sebenar dialog tersebut, maka kitalah yang bertanggungjawab untuk membawa mereka untuk melihat situasi sebenarnya. Atau mungkin golongan ini pernah mengalami pengalaman pahit atau kurang menggembirakan semasa menghadiri mana-mana dialog antara agama. Maka, tugas kitalah untuk mengembalikan keyakinan mereka untuk kembali mendekati ilmu ini. Saya melihat perkembangan yang sangat baik terhadap Ilmu Perbandingan Agama ini. Sema