Antara Lobak, Telur Dan Kopi…

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...


“Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan bertanya mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Setiap kali satu masalah selesai, timbul pula masalah baru.

Ayahnya yang bekerja sebagai tukang masak membawa anaknya itu ke dapur. Dia mengisi tiga buah periuk dengan air dan menjerangkannya di atas api. Setelah air di dalam ketiga-tiga periuk tersebut mendidih, dia memasukkan lobak merah di dalam periuk pertama, telur dalam periuk kedua dan serbuk kopi dalam periuk terakhir.

Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar sambil memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh ayahnya. Setelah 20 minit, si ayah mematikan api.

Dia menyisihkan lobak dan menaruhnya dalam mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya dalam mangkuk yang lain dan menuangkan kopi di dalam mangkuk lain. Lalu dia bertanya kepada anaknya, “Apa yang kau lihat, nak?” “Lobak, telur dan kopi,” jawab si anak.

Ayahnya meminta si anak merasa lobak itu. Dia melakukannya dan berasa bahawa lobak itu sedap.

Ayahnya meminta mengambil telur itu dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, dia dapati sebiji telur rebus yang isinya sudah keras.

Terakhir, ayahnya meminta untuk merasa kopi. Dia tersenyum ketika meminum kopi dengan aromanya yang wangi. Setelah itu, si anak bertanya, “Apa erti semua ini, ayah?”

Si Ayah menerangkan bahawa ketiga-tiga bahan itu telah menghadapi kesulitan yang sama, direbus dalam air dengan api yang pana tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza.

Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan mudah dimakan.

Telur pula sebelumnya mudah pecah dengan isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras.


Serbuk kopi pula mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi mengubah warna dan rasa air tersebut.

“Kamu termasuk golongan yang mana? Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui. Ketika kesukaran dan kesulitan itu mendatangimu, bagaimana harus kau menghadapinya? Apakah kamu seperti lobak, telur atau kopi?” Tanya ayahnya.

Bagaimanakah dengan kita? Apakah kita adalah loba yang kelihatan keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kita menyerah menjadi lembut dan hilang kekuatan.

Atau, apakah kita adalah telur yang awalnya memiliki hati yang lembut dengan jiwa yang dinamis? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perpisahan atau apa saja cabaran dalam kehidupan akhirnya kita menjadi keras dan kaku?

Atau, adakah kita serbuk kopi? Yang berjaya mengubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasa yang maksimum pada suhu 100 darjah celcius.

Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi akan terasa semakin nikmat. Jika seperti kita seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk atau memuncak, kita akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitar kita juga menjadi semakin baik.

Samalah halnya dengan serbuk kopi yang berjaya mengubah air panas yang membakarnya menjadikan ia lebih sedap dan enak untuk diminum.

Antara lobak, telur dan kopi, kita yang mana?

*Muhasabah..


Ulasan

Bungakopi berkata…
saya mungkin kopi kot.

hot-hot coffee satu!
the sastraboy berkata…
nak jadi kopI!
Ummu Syuhada' berkata…
hot-hot coffe siap!
hehe.. (^_^)v

hm,the sastraboy..
nak jadi kopi, jadi lah..
tp nanti siapa yg nak jadi budak sastera??
hehe.. (^_~)
Bungakopi berkata…
to sastraboy,

ingat ini karangan autobiografi

'hidupku sebagai serbuk kopi' ke?

kan2 ummu..
Ummu Syuhada' berkata…
Ahah..betul tu Bungakopi..
Dia ingat mcm tu kot..
Maklumlah, budak sastera..
Kuat daya imaginasinya..
Hehe..
jgn marah ye the sastraboy..
(^_^)v
Ros Illiyyuun berkata…
Salam,
artikel yang menarik. Moga2 saya pun jadi kopi. Ingat, jgn biarkan diri kita diubah tapi biarkan kita yang mengubah sesuatu suasana itu :)

Catatan popular daripada blog ini

Masuk Islam atau Masuk Melayu?

Apa Itu Ilmu Perbandingan Agama?

Yang Kupinta vs Yang Kuperlukan...