Sepotong Ayat, Sebaris Kata Dari Sebuah Perkenalan...

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
(Sebagai melunas janji pada kenalan yang meminta kata-kata dariku...)

Puitisnya kata-kata yang lahir dari kreatifnya si penulis, hanya bisa menarik hati buat akal-akal logik dan jiwa yang kosong. Manakala puitisnya kata-kata yang dizahirkan dari empati dan prihatinnya si penulis, hanya mampu mengusik hati-hati yang sensitif. Namun, puitisnya kata-kata yang lahir dari hati yang bertaqwa dapat membuat akal-akal logik tunduk berfikir, mengisi sinar pada jiwa yang kosong dan memukul hati yang sensitif untuk merenung dan bertindak.

Sesungguhnya...Bukan mudah untuk mencipta sepotong ayat. Kata-kata selalu menyebabkan hati manusia terusik. Terusik pada indah dan puitisnya kata-kata, lalu hati lekas leka.Terusik pada tingginya falsafah dan pengertian kata-kata itu, justeru hati menjadi kagum pada yang tidak selayaknya.Terusik pada luhurnya kata-kata yang lahir dari ketinggian akhlak, lantas memungkinkan berlakunya zina hati. Maka, kata-kata tidak boleh dicipta sembarangan untuk dihadiahi. Lebih-lebih lagi kata-kata yang dicipta dari hati untuk dihadiahkan pada seseorang.

*Dan tiada kata-kata yang lebih indah dari kalam ALLAH. Di situ banyak nasihat, pelajaran dan pedoman buat insan-insan yang memburu kebahagian dan kecemerlangan hidup di dunia mahupun di akhirat. Maka, malunya saya untuk mencipta kata-kata untuk dihadiahi...Sedang anda seorang penghafal kata-kata terindah, lebih indah daripada apa yang pernah kedengaran dari langit dan bumi.
Wallahu'alam..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Masuk Islam atau Masuk Melayu?

Apa Itu Ilmu Perbandingan Agama?

Mengapa Aku Diuji???