Andai Hati Mampu Berkata-kata...

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
(Moga puisi ini dijauhkan daripada kata-kata syaitan yang melalaikan dan menyesatkan..)

Andai hati ini mampu berkata-kata..
Tentu lidah sudah tidak lagi mampu berbicara..
Baik kupendamkan saja apa yang tersirat di hati,
berbicara sepi..
Kerna tak ingin tubuh lain turut menanggung beban..
Cukuplah akal yang satu ini terus berjuang
meski seakan menegakkan benang yangg basah..
Aduhai jiwa..
Terlalu acap senyumanku mengguris dan merobek kehalusanmu..
Maafkan aku, maafkan aku..
Ya ALLAH, tuntunlah jiwa ini agar sentiasa merelai senyumanku..

Ulasan

anak muallaf berkata…
salam perjuangan,
cukup meruntum kalbu..hati ini banyak berkata-kata..tapi tidak terkeluar oleh lidah..
Ummu Syuhada' berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Ummu Syuhada' berkata…
Salam perjuangan..
Tak mengapa, jika tak terkeluar kata2 dari ldah..
Kita lakarkan kata2 dgn 'pena ajaib' yg ada di tangan..
Hehe.. (^_^)
seiramlah berkata…
andai hati mampu berkata~~

sayang mungkin habis diluah dan dibicara..

mungkin juga hancur lebur segala persahabatan dibina..

mujur,Allah bina hati yg senyap untuk kita, yg segala atur selia terletak pd diri kita..

maka yg perlu dibica, yg tidak, disimpn dijaga..

supya kita mmpu mntafsir situasi dan mletak diri dalam diri sendiri..

moge segala tindak tanduk diredha Ilahi..
Putra Al-Maliki berkata…
jagalah hati kerna hati merupakan penguasa/raja pada seluruh anggota bandan (rakyat). jika hati rosak, maka rosaklah seluruh tubuh badan kita.. kembalilah kita semua pada fitrah insani.. fikirkan kambali kenapa kita dijadikan dan apakah tujuan hidup kita di atas muka bumi yang fana nie..

psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

Catatan popular daripada blog ini

Masuk Islam atau Masuk Melayu?

Apa Itu Ilmu Perbandingan Agama?

Mengapa Aku Diuji???