Pertemuan Kedua..

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Puisi ini kudedikasikan buat seorang teman..
Sekadar luahan hati, mohon agar dia mengerti..


Demi Tuhanku (ALLAH)!
Aku bersabar banyak,
Untuk pertemuan kedua ini.

Demi cintaku pada-Nya!
Aku terus melayanimu,
Untuk pertemuan kedua ini.

Sungguh, perlu kau tahu!
Aku mendekatimu,
Kerana minatmu mengenali agamaku,
Aku kasihkanmu,
Kerana cintamu pada kami
Si pembela agama.

Dan perlu kau tahu!
Jika hilang minatmu pada agamaku,
Maka hilanglah minatku mendekatimu,
Jika hilang cintamu pada kebenaran,
Maka hilanglah jua kasihku pada keikhlasanmu.

Sungguh seperti yang kukhabarkan,
Tiada cinta padaku sebelum perkahwinan,
Cinta kudus kusimpan jauh di sudut hati,
Buat lelaki bernama suami,
Yang tak mungkin kukongsi pada mana-mana lelaki.

Ulasan

Ibnu Ramlee berkata…
Mohonlah redho ALLAH dalam mencari cinta .....
seiramlah berkata…
beutiful words ^_^

Catatan popular daripada blog ini

Andai Hati Mampu Berkata-kata...

Apa Itu Ilmu Perbandingan Agama?

Antara Lobak, Telur Dan Kopi…