Daku Kembali dan Mahu Terus di sini..

Bismillah....

Dah bertahun blog ni terbiar..
Dan dah dekat sebulan juga saya cuba kuatkan semangat untuk kembali menulis..

Saya menulis di blog ini bukan saja2..
Saya menulis bukan untuk mencari rezeki..
Apatah lagi untuk dikenali..

Tetapi..
Saya menulis kerana Allah..
Saya menulis kerana mahu berkongsi ilmu..
Saya menulis kerana mahu berdakwah..

Moga2 apa yang saya tulis nanti akan menjadi...
  ilmu yang bermanfaat buat seseorang..
  pencerahan buat yang mencari kebenaran (Islam)..
  muhasabah diri buat yang mencari pedoman..

Apa yang paling penting..
Moga semua perkongsian yang saya siarkan,
Menjadi wadah mencapai redha Illahi,
Dan menjadi bekal pahala untuk sampai ke syurga,
Aamiin..

Hidup di dunia singkat bukan?
Berapa lama kita (manusia) ini boleh hidup?
60 tahun? 70 tahun? 80 tahun?
Paling lama pun yang kita pernah tahu hanya 100++ tahun kan?

100 tahun??
Ya, panjang betul umur orang itu kan kita rasa?
Itu yang kita rasa..
Yang kita fikir dan yang kita sangka...

Hakikatnya..
Kehidupan di akhirat tersangatlah lama..
Tersangatlah panjang..
Bayangkanlah beribu-ribu tahun berdiri padang mahsyar!!
Infiniti hidup di syurga atau di neraka!!

Maka..
Saya putuskan untuk kembali menulis..
Meluang beberapa minit di dunia ini..
Untuk mendapat manfaat beberapa tahun di akhirat kelak..

Allah..
Tamak kan saya ni?
Tapi inilah pelaburan kita..
Sungguh Allah itu Maha Pemurah..
Jadi rebutlah peluang dan ruang yang diberikan..
Moga kita sama2 mendapat rahmatNya..
Aamiin..

Kali ini,
Saya kembali..
Sebagai seorang isteri..
Sebagai seorang ummi..
Doakan moga saya istiqomah (konsisten)
Dalam medan kecil ini..
Kerana saya mahu terus di sini..
Mencari bekalan untuk bahagia di negeri abadi..

Ulasan

masshah berkata…
Alhamdulillah, teruslah menulis, berkongsi sesustu yang baik dan murni untuk santapan rohani. Banyak perkongsian yang baik-baik di sini. Sememuanya menuju iman dan taqwa kepada Allah SWT.

TERUSKAN MENULIS!

Catatan popular daripada blog ini

Andai Hati Mampu Berkata-kata...

Apa Itu Ilmu Perbandingan Agama?

Antara Lobak, Telur Dan Kopi…