BUKAN SEKADAR CINTA...



Begitu banyak ungkapan tentang cinta kepada ALLAH SWT. Rasa cinta memang mutlak diperlukan untuk beribadah kepada-Nya. Tapi adakah cukup kita memperhamba diri hanya dengan bermodalkan cinta?

Imam Al-Ghazali berkata bahawa sesungguhnya roja' (rasa berharap) dan khauf (rasa takut) adalah dua sayap. Dengan kedua-duanya, menusia yang mendekatkan diri kepada ALLAH SWT terbang menuju ke kedudukan yang terpuji.

Rabiah Al Adawiyah, sufi wanita, mengatakan bahawa dia beribadah hanya kerana cinta, bukan kerana takut kepada neraka atau kerana mengharapkan syurga. Dia beribadah semata-mata hanya kerana cinta kepada ALLAH SWT.

Tapi manusia bukanlah malaikat. Mungkin ALLAH SWT memang memilih segelintir hamba-Nya yang mampu merasakan kesempurnaan cinta yang luar biasa. Tidak semua orang mampu mencapainya.

Manusia adalah manusia. Dengan sedikit khilaf tetap mengharapkan rahmat-Nya. Dengan setompok dosa yang memohon pengampunan-Nya. Dengan sedikit amal yang mengharap syurga-Nya.

Manusia hanyalah manusia. Dengan takut akan mendapat seksaan-Nya. Dengan cemas dosa-dosanya takkan terampun. Dengan kengerian yang amat sangat diceburkan ke dalam neraka.

Mahabbah (rasa cinta), khauf (rasa takut), roja' (rasa berharap) adalah satu penyatuan utuh yang perlu mengiringi setiap ibadah. Bahkan, bukan itu sahaja. Masih ada dua syarat lain yang harus dilakukan. Ibadah harus diikuti dengan ikhlas. Ibadah harus dilakukan sesuai dengan syariat yang diajarkan Rasulullah SAW.

Ternyata...tidak cukup bila hanya sekadar cinta.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa Itu Ilmu Perbandingan Agama?

Andai Hati Mampu Berkata-kata...

Antara Lobak, Telur Dan Kopi…