Tentang Mati..Jumaat Yang Menakutkan..

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang....

Saiyidina Ali r.a. pernah berkata, "Bahawa manusia itu tidur lena, apabila kematian tiba baru dia terjaga dari tidurnya."  Demikianlah orang yang tidak mengingati mati itu sentiasa dalam keadaan lalai atau bagaikan orang yang tertidur lena. Dia akan terkejut ketika kematian tiba secara mendadak.."
Abdullah bin Umar r.a. berkata, bahawa ketika dia sedang duduk-duduk di sisi Rasulullah S.A.W. lalu datang seorang lelaki memberi salam dan bertanya kepada Rasulullah, "Siapakah yang lebih utama (lebih baik) dalam kalangan orang yang beriman?"

Jawab Rasulullah, "Orang yang lebih baik dalam kalangan orang beriman ialah mereka yang berakhlak mulia."

Kemudian lelaki itu bertanya lagi, "Siapakah orang yang paling cerdik dalam kalangan orang yang beriman?"

Jawab Rasulullah S.A.W. , "Orang yang paling cerdik ialah mereka yang banyak mengingati mati dan banyak membuat persiapan untuk menghadapi mati."


Saya mengalami perasaan yang begitu gementar pagi semalam ketika bangun dari tidur semalam (Jumaat)kerana menerima panggilan daripada adik perempuan saya yang ingin bertemu dengan saya. Saya gementar bukan kerana kedatangan adik saya ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan saya, tetapi dengan keadaan saya ketika itu yang saya rasakan bagai  tidak akan berkesempatan lagi bertemu dengan adik saya di stesen bas, luar dari kawasan kampus. Kenapa??


Semasa saya bangun dalam jam 9.30 pagi itu (hehe..saya sambung tidur selepas solat Subuh kerana keletihan), saya merasakan dada saya begitu sempit..Terlalu sukar untuk bernafas..Setiap sedutan udara yang masuk ke dalam rongga pernafasan saya ini bagaikan berduri..Perit rasanya..Paru-paru ini pula, bila sudah kecut (keadaan hembus nafas) susah pula mahu mengembang..Allahu Akbar!!  Terfikir saat begini, sudah sampaikah ajalku? Astaghfirullah..Astaghfirullah..Itu saja yang saya bisikkan dalam hati. Berulang kali.


Saya bermohon kepada ALLAH SWT agar dipanjangkan umur ini kerana sesungguhnya banyak amanah/tugas saya yang belum selesai..Saya juga kasihankan adik2 saya yang masih bersekolah terutamanya yang adik bongsu yang baru Tahun 3. Sudahlah tiada ayah, jika kakak sulung yang menjadi harapan keluarga ini pula 'pergi'..sudah tentu dialah yang sangat terasa akan kehilangan ahli keluarganya. Dan yang paling penting...Saya belum bersedia lagi untuk menghadap Ilahi dengan amalan yang sangat tak seberapa ini...Dan saya bermohon lagi kepada Yang Maha Mendengar, seandainya nyawa ini ingin ditarik..biarlah ketika itu saya sudah memiliki zuriat..Zuriat yang soleh dan solehah..Yang akan mendoakan saya nanti..


Dan terdetiklah hati kecil ini untuk segera bertaubat, berfikirlah adakah diri ini telah menjalankan tugas sebagai anak dengan sebaik mungkin buat ayah yang terlalu banyak berkorban demi anak2 meskipun kini kami berada di dua alam yang berbeza..


Sepanjang perjalanan saya untuk bertemu adik perempuan saya yang satu2nya adik yang telah tamat belajar, saya sentiasa beristighfar memohon kempunan dari ALLAH dan kerap berselawat ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W. bagi mendapatkan syafaat baginda semasa di padang masyar kelak..Ya ALLAH...hanya Dia saja yang mengetahui betapa bimbangnya hati ini untuk bertemu denganNya..Takutkah aku akan kematian?? Sedangkan kematian itu adalah sesuatu yang pasti bagi yang bernyawa..


Alhamdulillah..Apabila saya bertemu dengan adik, dada saya menjadi lapang..Sistem pernafasan saya kembali lancar..Tiada lagi terasa seperi rusuk kiri dan rusuk kanan ini seolah2 ingin bertemu..Saya bermuhasabah seketika setelah menghantar adik ke stesen LRT berhampiran. Adakah kerana terlalu keletihan (sememangnya saya tak cukup tidur dan rehat beberapa hari ini) saya terpaksa menanggung kesakitan itu?


Adakah kerana saya merasakan sesuatu yang berat untuk membantu adik saya pada mulanya? Tapi saya berlapang dada juga apabila memikirkan saya ini satu2nya kakaknya, siapa lagi akan membantunya jika tidak saya? Lagipun saya sangat sayangkan adik saya, susah senang saya, adik2 lah tempat saya meluahkan perasaan walaupun tak semua(kerana saya lebih suka berahsia).. Semasa susah, bukan orang lain akan bantu kami,tapi kami adik beradik inilah yang akan saling tolong menolong..


Atau...adakah ini peringatan ALLAH buat hambaNya yang semakin leka dengan urusan2 dunia ini? Ya ALLAH..Besar sungguh kasih sayang ALLAH buatku!! Memberi saya peringatan tentang kematian kerana sebetulnya saya terlalu sibuk dengan urusan dunia..Laporan projek..kerja kursus..jemputan berbuka puasa sana sini..mesyuarat dan rakan2..Semuanya terlalu saya beratkan sehingga meringankan membaca Al-Quran dan amalan sunat lain...


Saya mencari buku 'Insan, Ingatlah! Sebuah Panduan Menuju Hati Yang Tenang' oleh Tok Guru Nik Aziz yang banyak menceritakan soal kematian namun tidak berjumpa. Kemungkinan besar saya tertinggal di rumah walaupun yakin buku itu telah saya bawwa bersama-sama ke kolej kediaman saya ini. Saya juga tengan mmencari artikel2 mengenai hal kematian ini. Bukan apa, mati itu merupakan suatu peringatan yang berharga..Insya ALLAH, jika saya menemui artikel berkaitan kematian akan saya kongsikan bersama anda  nanti. Akhir kata, saya ingin meninggalkan kalian dengan satu persoalan yang berlaman dalam kotak pemikiran..


"Mengingati mati akan melunakkan hati yang keras, serta menjinakkan nafsu yang ganas, umpama seekor harimau yang hilang garangnya apabila tali cemati dipecutkan dihadapannya.." Namun bagaimana pula jika berita2 tentang kematian itu tidak mampu membuatkan kita berasa insaf (kalau insaf pun beberapa jam kemudian kita kembali berbuat maksiat) dan ingin berubah ke arah kebaikan?  Hati apakah itu? Dan bagaimanakah hati kita apabila mendengar berita2 kematian? Adakah hati kita ini bagai sebuah tanah/ladang tanaman yang akan subur apabila diberi air (petunjuk dan peringatan dari ALLAH)? Atau batu pejal yang tak mungkin diresapi air?


Wallahu'alam bissawab...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa Itu Ilmu Perbandingan Agama?

Andai Hati Mampu Berkata-kata...

Antara Lobak, Telur Dan Kopi…