Mengapa Aku Diuji???


Rasa agak lama saya tidak menulis. Sepanjang saya menyepikan diri ini banyak perkara yang saya lalui, memberikan pengalaman dan nilai tambah kepada saya yang merupakan hamba yang begitu lemah dan hina di sisi ALLAH. Pengalaman yang saya hadapi bukanlah pengalaman2 yang menggembirakan hati. Lebih banyak kepada bentuk2 peringatan kepada diri saya yang sering alpa. Kematian insan2 yang begitu rapat dalam hidup saya secara mengejut dan berlaku dalam tempoh waktu yang tidak jauh..diuji dengan kepayahan hidup..adik2 yang tiada penjaga dirumah..fitnah yang melanda..masalah pembahagian masa dan sebagainya membuatkan saya agak suka menyendiri. Bermuhasabah dan lebih mendekatkan diri pada Yang Esa. Saya merasakan hari-hari yang saya lalui sepanjang minggu lepas adalah minggu tarbiyah dari ALLAH SWT. Maha Suci ALLAH!!


Saya teringat akan salah satu artikel yang pernah saya baca suatu ketika dahulu berkenaan 'Mengapa Manusia Diuji'. Saya mencarinya dan ini dia..Saya kongsikan bersama2 anda..Moga2 artikel ini dapat meningkatkan ketaqwaan kita kepada Ilahi.


Kenapa Aku Diuji?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan 'Kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta." ~Al-Ankabut, Ayat 2-3


Kenapa Aku Tak Dapat Apa yang Aku Idam-Idamkan?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." ~Al-Baqarah, ayat 216


Kenapa Ujian Seberat Ini?
"ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." ~Al-Baqarah,ayat 186


Rasa Frust?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 beriman." ~Ali Imran,ayat 139


Bagaimana Harus Aku Menghadapinya?
"Wahai orang2 yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara2 berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah2 sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada ALLAH supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)." ~Ali Imran,ayat 200


"Dan mintalah pertolongan (kepada ALLAH) dengan jalan yang sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang2 yang khusyuk." ~Al-Baqarah,ayat 45


Apa yang Aku Dapat dari Semua Ini?
"Sesungguhnya ALLAH telah membeli dari orang2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..." ~At-Taubah,ayat 111


Kepada Siapa Aku Berharap?
"Cukupalah ALLAH bagiku, tiada Tuhan selainNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." ~At-Taubah,ayat 129


Aku Dah Tak Dapat Bertahan Lagi!!!
"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir." ~Yusuf,ayat 12



Dalam artikel yang lain pula, saya turut terbaca bahawa para ulama' bersepakat bahawa hikmah yang boleh disimpulkan dari ujian adalah:

1. Untuk mencapai pengabdian hakiki kepada ALLAH SWT.

2. Ujian yang menimpa umat Islam secara khusus adalah untuk mematangkan mereka dalam

kehidupan di muka bumi ini.

3. Bertujuan untuk menghapuskan dosa yang dilakukan oleh manusia.

4. Bertujuan memperoleh pahala serta memartabatkan kedudukan mereka di sisi ALLAH SWT.

5. Dengan adanya ujian, ia memberi peluang kepada manusia untuk memikirkan kesalahan yang

dilakukan diri sendiri dan orang lain di masa lampau.

6. Ujian merupakan satu pengajaran untuk kembali bertauhidkan kepada ALLAH SWT.

7. Ujian juga mampu untuk menghilangkan rasa ego dalam diri dan menyediakan jalan untuk

mendekati ALLAH SWT.

8. Ujian ditimpakan ke atas manusia adalah untuk menyedarkan mereka akan kelebihan yang

ada pada diri mereka setelah diuji.

9. Ujian juga berperanan untuk mendidik manusia menjadi matang dan mantap dalam segenap

aspek kehidupan mereka.

10. Untuk mengenal kawan sebenar atau kawan yang berkepentingan, ia boleh didapati setelah

adanya ujian daripada ALLAH SWT.

11. Ujian juga mampu mengingatkan manusia akan segala kesalahan sebagai persiapan untuk

bertaubat kepada ALLAH SWT.

12. Ujian juga mampu menyingkap hakikat sebenar dunia yang menjanjikan pelbagai tipu daya.

13. Ujian mampu utnuk mengingatkan manusia akan kelebihan nikmat kesihatan dan kurniaan

ALLAH SWT.

14. Ujian menjanjikan kerinduan manusia untuk memasuki syurga ALLAH SWT..



Subhanallah!! Jika kita mengetahui betapa besarnya hikmah yang tersembunyi disebalik sebuah ujian dan dugaan itu..pastinya kita akan sentiasa rasa rindu untuk diuji. Dan pastinya kita akan merasakan diri kita dibiarkan ALLAH jika hidup tidak diuji..Kerana sesungguhnya, ujian itu diturunkan tanda kasih sayangNya..


Dan saya suka untuk berkongsi sepotong ayat dari Firman ALLAH SWT yang bermaksud:


"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang2 yang sabar, iaitu orang2 yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata 'Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun' (sesungguhnya kami milik ALLAH dan kepadaNya kami kembali." ~Al-Baqarah,ayat 155-156.


dan juga...


"...Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan..." ~Al-Insyirah,ayat 5-6



Janji (ayat2) inilah yang membuatkan hati saya selalu tenang bila berhadapan dengan ujian2 hidup ini. Sesungguhnya masalah itu adalah kembar hidup. Semua yang hidup, semua ada masalah..Cuma yang membezakan antara kita adalah..cara kita menanggapi masalah itu sebagai 'masalah' atau 'ujian'..dan bagaimana kita menyelesaikan masalah..Di sinilah kematangan kita diukur..Di sinilah jua keimanan dan ketaqwaan kita dinilai...

Wallahu'alam..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa Itu Ilmu Perbandingan Agama?

Andai Hati Mampu Berkata-kata...

Antara Lobak, Telur Dan Kopi…