Pergilah Gelita,Hadirlah Cahaya...



Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...


Salam sesuci lebaran buat sahabat2 semua..Di hari yang penuh kesayuan ini (hari2 terakhir dalam bulan Ramadhan), saya ingin sekali memanjatkan kesyukuran ke hadrat-Nya yang telah memberikan kesempatan sekali lagi melalui Ramadhan pada tahun ini. Dan saya bermohon agar Ramadhan tahun ini bukanlah Ramadhan yang terakhir buat diri saya..Amin..


Menjelang Aidilfitri yang penuh dengan rasa kasih sayang sesama umat ini, saya ingin mengambil ruang dan peluang untuk memohon ribuan kemaafan buat sahabat2 yang mengenali diri ini..Maafkan segala dosa2 yang saya lakukan pada kalian sama ada secara tidak sengaja atau dengan segaja..Halalkan jua segala makan, minum, hutang (sama ada duit yang nilainya kecil-kalau besar nanti saya bayar ye../tenaga/tanggungjawab yang tidak terlaksana dengan sempurna/dsb), mencuri masa dan tumpuan atau apa sahaja yang memberi kesan buruk pada anda dosa pada saya..

Sambutlah Aidilfitri dengan penuh kesyukuran dan keinsafan..Syukuri bila ada, hargai bila bersama..Buat sahabat2 yang menyambut hari lebaran di perantauan, tabahkanlah hatimu menghadapi saat2 insan lain bergembira disamping keluarga tercinta..Moga kesabaran dan ketabahanmu berjauhan dengan keluarga demi menuntut ilmu/menjalankan tugas akan dibayar dengan nikmat yang lebih besar dari Yang Maha Pengasih..

Buat sahabat2 yang menyambut lebaran dengan kepiluan kerana kehilangan ahli keluarga/teman mahupun pasangan, saya mendoakan agar kalian kuatkan hati menerima ketentuan Ilahi..Sambutlah aidilfitri seadanya..Jangan terlalu dikenang yang telah pergi, kerana takkan sekali dia kembali..Berdoalah agar mereka aman menjalani hidup di alam sana sebelum menunggu kehidupan yang kekal abadi..

Buat keluarga tercinta..Semoga adik2ku betah menghadapi cabaran dan dugaan hidup. Moga kehilangan demi kehilangan sepanjang 3 tahun-berhari raya tanpa ibu,  tanpa abah, dapat menjadikan kalian insan yang pandai menghargai manusia dan kasih sayang. Mensyukuri nikmat yang dikurniakan meskipun ianya tidaklah dipandang seberapa oleh orang lain. Semoga adik2ku insan terpilih. Menerima rahmat dan kesudahan yang baik dalam hidup. Bersyukurlah kerana ALLAH mengurniakan kembali mama kepada kita. Meski hati selalu terguris dengan sikap dan perbuatannya, tapi dialah insan yang paling mengasihi kita. Buat mama, ampunkan segala dosa anakmu ini, halalkan segala yang telah engkau curah dan korbankan buat anakmu ini. Moga mama panjang umur dan diri ini juga dipanjang umur agar dapatku balas segala jasa, pengorbanan dan kasih sayang mama meski aku sedar takkan termampu untukku balas semuanya..Semoga berbahagia bersama suamimu di hari raya..

Buat arwah abah yang dirindui..Hanya kiriman ayat2 suci Al-Quran dan doa mampu kuberikan. Agar damai hidupmu di sana sementara menanti hari pengadilan dan sebelum kita sama2 menuju ke negeri abadi. Setiap kenangan dan pengorbananmu sentiasa mekar dan mengharum dalam sanubari. Tiada lelaki yang bisa menggantikan tempatmu sebagai ayah. Dan semoga lelaki yang akan menjadi teman hidup anakmu ini mampu mengasihi dan menyayangiku sepertimana engkau yang sanggup korbankan jiwa dan raga untuk membahagiakanku. Al-Fatehah..


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Andai Hati Mampu Berkata-kata...

Apa Itu Ilmu Perbandingan Agama?

Antara Lobak, Telur Dan Kopi…