Kita Sering Beralasan!!!

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Kita tidak punya banyak pilihan...

Dalam hidup ini cuma ada dua pilihan..Jalan lurus atau bengkok. Baik atau jahat. Susah atau senang.  Bahagia atau sengsara. Syurga atau neraka. Semuanya berkisarkan dua pilihan ini sahaja. Cuma ada dua pilihan sahaja. Namun terlalu banyaknya perkara yang memerlukan kita untuk membuat pilihan. Kekadang kita buntu untuk membuat keputusan. Terutamanya dalam perkara yang melibatkan orang2 yang kita percaya atau sayang..Perkara2 yang berkaitan kepercayaan/prinsip, hati dan perasaan, dan adakalanya banyak perkara kecil yang perlu diputuskan ..


Orang selalu sebut2 bahawa hidup ini memerlukan pengorbanan. Pengorbanan yang bagaimana? Pengorbanankah bila kita terpaksa memilih untuk melakukan kejahatan untuk membantu keluarga yang susah dengan mencuri dan sebagainya? Pengorbanankah itu? Memilih untuk hidup susah daripada hidup senang, duit yang ada digunakan sepenuhnya untuk jalan ALLAH tetapi isteri dan anak2 kelaparan dan tidak terurus. Pengorbanankah itu? Saya sendiri, menerima pelbagai jemputan berbuka puasa, arahan untuk menghadiri mesyuarat dan pelbagai perjumpaan tetapi saya tidak pergi kerana kesihatan saya yang sangat kurang memuaskan. Namun sikap membisu saya, sikap redha saya yang membiarkan mereka berfikir bukan2 mengenai saya sehingga timbulnya fitnah, adakah itu juga merupakan pengorbanan saya? Pengobanan atau ALASAN??


Entah la..Saya sendiri kurang pasti dengan kondisi saya kini. Adakah saya sedang berkorban, menyembunyikan rasa sakit yang dialami demi tidak mahu melihat insan2 yang mengasihi diri ni kerisauan dan menitiskan air mata? Atau benarkah saya sedang beralasan? Menggunakan alasan kesihatan yang sememangnya kurang baik untuk mengelak daripada tugas2 dakwah saya? Saya bawakan satu peringatan (tazkirah) sebagai muhasabah kepada diri saya yang sering alpa ini...



Pada hari kiamat nanti ALLAH akan menolak 4 macam alasan dari 4 jenis golongan manusia,iaitu:


1. ALLAH menolak alasan dari orang kaya jika sekiranya dia berkata:
"Kekayaan yang aku cari dengan usaha titik peluh sendiri telah menyibukkan aku sehingga aku tidak sempat melaksanakan amal ibadat dan kebajikan"

Firman ALLAH: "Kekayaanmu tidaklah setanding dengan kekayaan Nabi Sulaiman tetapi dia sedikit pun tidak lalai dan lupa dari mengingati Aku."


2.ALLAH menolak alasan dari hamba sahaya sekiranya dia berkata :
"Aku adalah seorang hamba dan sentiasa terikat kepada suruhan yang menjadikan aku tidak bebas. Oleh sebab itu aku tidak berpeluang untuk beribadat kepadaMu."

Firman ALLAH kepadanya: "Utusanku yang bernama Nabi Yusuf juga pernah menjadi hamba tetapi tidak pula dia leka dari mengerjakan ibadatnya terhadapKu."


3. ALLAH menolak alasan dari orang miskin sekiranya dia berkata:
"Kemiskinan dan kekurangan yang kami miliki inilah yang menyebabkan kami tidak berpeluang untuk beribadat kepadaMu."

Firman ALLAH kepadanya: "Kemiskinan yang kamu rasai tidaklah semiskin sebagaimana seorang utusanKu, iaitu Nabi Isa a.s. dan ia tidaklah pula mengabaikan tanggungjawabnya kepadaKu."


4. ALLAH menolak alasan dari orang yang sedang menderita sakit sekiranya dia berkata:
"Penyakit inilah yang menghalang aku dari melakukan sujud terhadapMu."

Firman ALLAH kepadanya: "Penyakitmu itu tidaklah seteruk seperti apa yang dialami oleh hambaKu, iaitu Nabi Ayub a.s. tetapi lidah dan hatinya sedikit pun tidak berhenti dari menyebut akan namaKu."



Ya ALLAH..sungguh Engkau jua Yang Maha Mengetahui..Ampunilah daku..Bimbinglah daku ke jalan yang Engkau redhai..Hambamu ini sangat memerlukan petunjukMu...


Wallahu'alam bissawab...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa Itu Ilmu Perbandingan Agama?

Andai Hati Mampu Berkata-kata...

Antara Lobak, Telur Dan Kopi…