Perkahwinan Campur...(Bhgn 2)

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..




Perkahwinan campur..Apa salahnya? (Di sini saya khususkan kepada perkahwinan campur rakyat tempatan yang berlainan bangsa/kaumnyanya..Bukan rakyat tempatan dengan rakyat luar..Kalau dengan warganera asing ni,perlu perbincangan yang lebih mendalam lagi.)

Pesanku; Ustaz/ah bergaullah dengan non-muslim, jangan bergaul sesama sendiri sahaja..Jika ada antara mereka yang meminati ustaz/ah, apa salahnya gunakan peluang tersebut memperkenalkan Islam..Saya ada mendengar ceramah Sdara Shah Kirit Bin Kakulal Gavindji (melalui youtube), iaitu seorang pendakwah di Yayasan Maklumat dan Perkhidmatan Islam (IIF)..


Beliau mengatakan bahawa orang Islam ni dapat dibahagikan kepada 2, iaitu Islamik dan orang2 yang jauh dari Islam. Golongan yang Islamik ni sudah tentulah ustaz/ah dan tok imam. Namun golongan ni selalu bergaul sesama mereka je, kurang bergaul dgn non-muslim. Maka golongan yang di’harap’kan ini tdk mengetahui apakah masalah non-muslim. Dan golongan non-muslim pula mendapat gambaran tentang Islam melalui orang Islam yang jauh dari Islam sendiri kerana mereka inilah yang bergaul dengan non-muslim..

Apa yang perlu kita lakukan bila ada non-muslim suka pada anda? Hmm, kita perlu ingat selalu..Bab2 agama ini adalah perkara sensitif jika nak dibandingkan dengan bab2 sukan, hal2 pelajaran, hobi dsb.. Memandangkan mereka ni berminat dengan anda, maka ia merupakan suatu bonus untuk anda. Anda tak perlu lagi bersusah payah nak membina hubungan dengan mereka kerana mereka datang mencari anda. Dan guna peluang tersebut untuk bercerita mengenai Islam. Menurut Sdra Shahkirit, mulakan dengan memperbetulkan salah tanggapan tentang Islam. Maksudnya, pesan pada mereka bahawa nak mengenali apatah lagi nak memahami Islam bukan lihat dari penganutnya (seperti yang mereka selalu lakukan). Tetapi lihatlah pada isi ajarannya.

Mulakan perlahan-lahan dan penuh berhikmah. Seperti pengalaman saya sendiri, mereka agak kurang selesa bila berbicara mengenai hal agama meskipun mereka ada menyatakan keinginan dan minat terhadap Islam. Para daie, pasanglah niat yang ikhlas bilamana mereka bertanyakan Islam. Kita bercerita mengenai Islam untuk berkongsi keindahan Islam, bukan untuk menunjuk-nunjuk betapa sesatnya agama mereka. Hal ini bagi mengelak perasaan kurang senang dengan sikap kita yang suka mencari kelemahan dan menghina agama mereka. Hmm,ni juga langkah pertama untuk menunjukkan sifat mahmudah. Membuat mereka lebih respect anda.

Saya mencadangkan agar kalian mencari video ceramah Sdra Shahkirit yang bertajuk ‘Islam Itu Cantik dan Mudah’ dalam youtube..atau link di sini (Bahagian 1) dan juga (Bahagian 2) . Sangat menarik untuk berdakwah dengan non-muslim..

Kembali kepada perbualan saya dengan sahabat2 saya.. Tidak dinafikan, seperti kata mereka bahawa bukanlah mudah seorang isteri untuk mendidik suami berbanding suami mendidik isteri. Untuk bahagian terakhir artikel ini, saya akan terangkan bagaimana mahu menjalankan tugas sebagai seorang isteri kepada mualaf. Sekadar cadangan/pendapat saya saja, bukan sebagai rujukan..

Tapi apa yang saya ingin tekankan dalam bahagian kedua artikel saya ini ialah berkahwinlah untuk agama, bukan untuk diri sendiri sahaja. Sahabat2 saya sering melafazkan kata2 Ust. Hasrizal (Saiful Islam) bahawa erti hidup pada memberi..Maka, medan perkahwinan campur ini juga medan untuk kalian memberi..Dan juga medan berdakwah untuk sepanjang hidup anda..Berdakwah pada suami, keluarga suami dan sahabat2 suami yang bukan non-muslim..Masya ALLAH, besarnya medan dakwah kalian nanti..Tidak sukakah kalian?? Apa2 pun make sure kalian 'mampu'..Bukan main kahwin je sebab perkahwinan bukan setahun dua, tapi untuk sepajang hayat..
Wallahu'alam..
Bersambung...


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa Itu Ilmu Perbandingan Agama?

Andai Hati Mampu Berkata-kata...

Antara Lobak, Telur Dan Kopi…