Perkahwinan Campur...(Bhgn 3)

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...



Seperti yang dijanjikan dalam bahagian kedua artikel, saya bawakan beberapa perkara yang perlu anda semak sebelum mengambil keputusan untuk kahwin campur ni..Apa2 pun, keputusan yang terbaik itu datangnya dari ALLAH SWT..Maka, perkara di bawah hanya cadangan sahaja, bukan bermaksud perlu dijadikan rujukan. Silalah berikan komen anda nanti ye..Mungkin penambahbaikan ke..


Sebelum kahwin:

1. Lihat kemampuan kita. Adakah kita sudah cukup bersedia fizikal dan mental untuk menjadi isteri kepada seorang mualaf ? Banyak perkara yang masih beliau perlu belajar..belajar mengaji, belajar berpuasa, mengerjakan solat lima waktu dsb..Kita perlu banyak bersabar dengan persoalan2nya, perlu mendidik sedangkan setiap isteri mahukan suami yang mampu mendidik dan anda terpaksa menahan hati bila suami anda tidak dapat bersama-sama berqiamullail..Kemungkinan besar kebanyakan  masanya akan diisi dengan membaca buku2..Tetapi sekiranya anda diuji dengan sikap suami yang sambil lewa dalam beribadah, persiapkanlah diri dengan ilmu. Ilmu bagaimana nak tackle hati suami anda supaya rasa seronok beribadah..Hehe..Ustazah, saat inilah anda perlu menggunakan kemahiran berdakwah!

2. Pastikan suami benar-benar jelas dengan Islam, berbincang dengan baik mengenai perancangan apabila telah bernikah nanti. Contohnya, beritahu pada bakal suami yang anda mahu dia selalu menjadi imam ketika solat fardu. Maka, minta dia bersedia dan belajar dari tempoh bertunang. Beritahu dia yang anda ingin meluangkan masa untuk aktiviti kemasyarakatan di kawasan kediaman anda dan anda mahu dia turut serta.. Atau mungkin anda inginkan suasana keluarga yang Islamik, maka beritahu pada dia, apa dan sbgnya. Jangan segan demi keluarga Islam yang ingin kalian bina!


Setelah berkahwin:

1. Tunjukkanlah contoh yang baik pada pasangan anda tu. Jalankan tanggungjawab anda sebaik dan sebijak mungkin. Ingat, anda menjalankan dua tanggungjawab, iaitu tanggungjawab sebagai isteri dan daei.

2. Berikan sokongan/didikan pada suami. Mungkin suami telah mengikuti kelas di luar, tetapi sebagai isteri tunjukkanlah keprihatinan anda terhadap suami. Tanyakan masalah atau persoalan yang membelenggu dirinya. Minta dia bercerita tentang apa yang dipelajari. Hadiahkannya buku. Semasa dia membaca, beradalah di sisinya untuk member sokongan, jika dia lebih suka bersendirian, maka buatkan saja air untuk suami dan sementara itu bolehlah anda curi2 menonton tv. hehe..

3. Anda mungkin ingin membaca al-Quran bersama2 suami tapi memandangkan suami anda belum pandai lagi mengaji..So, apa nak buat? Jangan buat tak tahu je..Cuba ajak dia mendengar..Anda membaca sepotong ayat al-Quran, kemudian dia membacakan maknanya dan sehinggalah habis dua muka surat. Jika suami anda jenis yang tidak kisah (tak berapa ego), mungkin boleh ajar mereka mengaji kemudian tu.

4. Tazkirah. Nak wujudkan keluarga Islamik bersama suami yang baru mendalami Islam agak sukar juga sebenarnya. Perlukan kebijaksanaan isteri untuk meningkatkan keyakinan diri suami tanpa menjatuhkan harga dirinya..Apa yang boleh anda buat, selepas solat subuh/ maghrib cuba ambil masa 10-15 minit.. Berikan dia satu tajuk dalm kitab/artikel tazkirah, biar dia bacakan kepada anda. Kemudian,berbincang akan isi artikel tersebut. Perkara ni boleh melatihnya untuk bertazkirah. Tak pun, bawa suami anda menonton video tazkirah. Bisik pada suami yang anda berharap suami anda dapat memberikan tazkirah pada anda suatu hari nanti.

5. Selalulah kalian para isteri kepada mualaf memanjatkan doa agar diperteguhkan keimanan suami. Sesungguhnya hati manusia ini ALLAH yang pegang, berdoalah untuk kebaikan dunia dan akhirat suamimu..

Sesungguhnya perkahwinan campur ini bukanlah suatu peluang untuk berkahwin campur secara suka-suka semata, bahkan ini adalah ikatan yang penuh tanggungjawab dan amanah untuk memberi erti hidup pada memberi kepada mereka yang memerlukannya. Yang paling penting ialah, perkahwinan campur ini merupakan salah satu uslub yang kita ambil untuk tujuan dakwah dan mengikat manusia dengan Islam.

Islam itu bukanlah untuk sesuatu bangsa sahaja bahkan ia adalah hak semua bangsa untuk dimiliki dan dihayati. Islam itu untuk semua.

Maka dakwah itu juga adalah untuk memberi peluang kepada semua manusia untuk belajar, memahami dan cuba untuk menghayati dan seterusnya mengamalkan Islam. Tidak ada sebarang sekatan dan halangan bagi sesiapapun untuk mengenali Islam. Oleh itu, dakwah adalah amanah kita di mana, bila-bila masa dan kepada sesiapa sahaja kita perlu laksanakannya.

Hmm, sebenarnya ada banyak perkara lagi yang boleh dibincangkan mengenai hal kahwin campur ini. Namun saya mengehadkan kepada skop dakwah je..Lagi pun saya tidak terfikir membicarakan hal ini secara panjang lebar sehingga 3 siri artikel..Wallahu'alam..

p/s: Mohon maaf atas kekurangan artikel2 saya ini..Sekadar pandangan dan saranan saya saja..Silalah komen jika perlu dikomen..Dialu-alukan untuk memperbaiki kelemahan saya.. (^_^)


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa Itu Ilmu Perbandingan Agama?

Andai Hati Mampu Berkata-kata...

Antara Lobak, Telur Dan Kopi…