Perkahwinan Campur...(Bhgn 1)

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..




Apabila menyebut soal JODOH, kebanyakan mereka yang masih belum berumah tangga sudah tentu terbayang wajah calon suami/isteri anda (bagi yang dah ada calon)..Bagi yang belum berpunya mahupun belum bersedia apatah lagi belum merancang untuk memiliki pasangan dan mendirikan rumah tangga  pada waktu ini pula, pasti akan keluar dalam benak mereka ciri-ciri pasangan yang diidamkan..Hmm, pendek kata semua orang dah melatakkan standart2 tertentu bagi bakal teman hidupnya.

"Saya ingin bertanya, ciri-ciri pasangan yang bagaimanakah yang kalian dambakan wahai sahabat2ku?" persoalan ini pernah kulontarkan pada sahabat muslimat yang selalu 'melepak' dalam surau di asrama kami.  Seperti yang dijangka, kebanyakan sahabat saya menjawab.."Yang beriman dan bertaqwa..Yang dapat membimbing ke arah kebaikan..Yang dapat memberi jaminan hidup..Yang bertanggungjawab..Yang sekufu, supaya mudah untuk kedua2nya bergerak dalam dakwah.."

Itulah antara jawapan yang diberikan..Saya bercakap mengenai jodoh ni bukan apa..Semenjak dua menjak ini, saya asyik membaca mengenai soal jodoh/kasih/cinta je dalam beberapa blog sahabat2 seperjuangan, sahabat yang terlibat di medan dakwah..So, saya juga tidak mahu ketinggalan dalam memberikan pendapat saya mengenai hal ini. Sementelah lagi, saya baru saja berkenalan dengan seorang lelaki non-muslim. Berkenalan secara kebetulan..Tapi kebetulan yang agak indah la juga.. (^_^) Kerana dari perkenalan inilah saya menukar persepsi mengenai soal jodoh dan perkahwinan.

Saya terfikir, siapa yang akan membimbing mualaf2 kita ini jika semua muslim yang soleh dan solehah ini berfikiran untuk mencari jodoh yang sekufu? Cukupkah dengan bimbingan ustaz/ah dari jabatan agama/perkim/ je? Mungkinlah cukup bagi sesetengah individu (bagi individu yang memiliki pasangan yang taat dalam menjalankan hukum ALLAH)..Namun, mereka ini memerlukan pemantauan yang berterusan..jika tidak, mereka yang masih belum mantap imannya ini akan mudah kembali ke agama asal..Murtad!!

Pendekkan cerita..Perkenalan saya dengan lelaki non-muslim ini membuat saya berfikir mengenai alternatif dakwah yang tidak kurang bagusnya..Perkahwinan campur!! 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Andai Hati Mampu Berkata-kata...

Apa Itu Ilmu Perbandingan Agama?

Antara Lobak, Telur Dan Kopi…