Syukuri Bila Ada, Hargai Bila Bersama...

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang....

Akibat Terlalu Dekat.
Seorang penjual telur sedang sibuk di kedainya. Seorang pelanggannya sedang memilih telur ingin menguji kebijaksanaan si penjual telur. Dalam diam dia mengambil telur dan digenggamnya di dalam tangannya.

"Jika awak bijak, cuba teka apa yang ada di dalam tangan saya ini?" kata pelanggan itu menunjukkan genggamannya.

"Cuba berikan aku bayangan," pinta penjual telur.

"Benda ini bentuknya seperti telur," ujar pelanggan.

"Lagi?"

"Warnanya seperti telur."

"Lagi?" rayu penjual telur lagi.

Pelanggang tersebut menggeleng-gelengkan kepalanya lantas berkata, "Belum cukup lagi? Baiklah, jika dimasak rasanya seperti telur. Ia cair dalam keadaan biasa tetapi bila dipanaskan menjadi pepejal."

Penjual telur masih terpinga-pinga. "Tolong berikan lagi pembayang yang lebih hampir."

"Di dalamnya ada cecair yang berwarna putih mengelilingi warna kuning!"

Setelah berfikir panjang, penjual telur menjerit: "Aku tahu jawapannya! Ia sejenis kuih!"

Pelanggan menggeleng-gelengkan kepala. Lantas membuka genggamannya. Ya, hanya sebiji telur....Apalagi?


Pengajaran: Manusia sering menjadi "buta" dengan apa yang terlalu hampir dengan dirinya. Orang yang paling hampir selalu dipinggirkan, tetapi apabila orang itu sudah tiada, baru terasa kehilangannya. Ya, kerap kali sesuatu itu tidak dapat dilihat bukan kerana terlalu jauh, tetapi kerana terlalu dekat.

                                                            
           (Majalah Solusi, Isu 16, m/s 108)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa Itu Ilmu Perbandingan Agama?

Andai Hati Mampu Berkata-kata...

Antara Lobak, Telur Dan Kopi…