Aktiviti Cuti Pertengahan Semester Terakhir..

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Ramai sungguh orang awam yang berkunjung ke tempat kami berprogram. Al-Maklumllah, program kami ini diadakan pada hari cuti sempena Tahun Baru Cina. Lokasi perkhemahan kami  : Gunung Tebu, Besut, Terengganu.


Antara aktiviti yang diadakan adalah ceramah dan latihan dalam kumpulan (LDK). Fasililator kumpulan ini adalah saudara yang pakai baju belang-belang itu. Lupa pula namanya, mentang2 la ini bukan kumpulan LDK saya. Hehe..Maaf ya Saudara Fasi.


Hmm, pak cik yang berkopiah ini lebih terkenal dengan jolokan Putra Mahameru. Sangat berfalsafah orangnya.

Kursus Penugurusan Jenazah ini membuatkan saya seakan sedikit bernafas di dalam lumpur.


Terlalu penat mendengarkan ceramah dan melayan perasaan kecewa, langit dicari untuk mencari kekuatan. Namun apa yang ALLAH berikan adalah nikmat yang menambahkan rasa iman. Subhanallah!!


Sahabat2 saya sedang menjamah makan tengah hari dengan cara yang sangat digalakkan oleh Rasulullah. Bukan sekadar mengeratkan ukhwah bahkan makanan yang biasa2 pun terasa begitu enak apabila dimakan bersama. Allahu Akbar!!

Sempat lagi sahabat2 saya ini bergambar di hadapan khemah sebagai kenang-kenangan. Mereka kelihatan mesra walaupun inilah kali pertama mereka bertemu dan berkenalan. Masya Allah..


Meskipun agak keberatan dan segan pada mulanya untuk turun ke dalam sungai, namun kerana terlalu teringin muslimah2 ini turun jua. Disamping beriadah mereka ini juga dapat berdakwah kepada masyarakat sekeliling. Hmm,muslimah bertudung labuh juga masih lagi boleh bermandi-manda tanpa mengabaikan tuntutan syariat. Tidak pun mereka ini berasa sukar untuk bermandi-manda dengan pakaian sebegini sebaliknya rasa lebih selamat daripada menjadi bahan tontonan pengunjung lelaki bahkan mereka dihormati lagi dengan diberi ruang khas yang tidak ada seorang lelaki pun datang menghampiri kawasan tersebut. Pakaian yang sesuai untuk muslimah yang ingin bermandi-manda di tempat awam ialah pakaian berwarna gelap dan tidak terlalu kecil dan terlalu besar. Carilah kawasan yang jauh sedikit daripada lelaki bagi mengelakkan berlakunya pergaulan bebas tanpa disengajakan. Itu saja. Hmm, Islam itu mudah bukan?? Tidak mendiskriminasikan kaum wanita pun. Alhamdulillah!!


Memori terindah yang sempat dirakam. Muslimah UUM dan UKM yang turut sama terlibat dalam program yang saya sertai pada 12-15 Feb 2010. Muslimah dari Indonesia dan Thailand yang menuntut di UUM juga turut sama hadir dan merakam kenangan bersama kami. Cuba kalian teka, yang mana satukah muslimah yang dikenali sebagai Ummu Syuhada' itu? Hehe.. (^_^)v

Namun dalam banyak2 muslimah di atas, dua orang muslimah ini datangnya dari UM. Pada asalnya mereka ini tiada seorang pun kenalan daripada UKM dan UUM, tetapi Alhamdulillah..  Melalui program ini mereka telah membina ukhwah fillah dan networking. 


Antara banyak2 pemandangan, inilah pemandangan yang paling saya suka.


Ini pula gambar kenangan yang paling saya suka. 



Rasa2nya dapat agak ke program perkhemahan apa yang saya sertai? Hehe.. Ok, gambar2 ini saya publishkan atas permintaan sahabat2 UUM dan UKM saya. Maaflah jika gambar yang keluar di dalam blog ini tidak begitu cantik tetapi yang aslinya cantik. Maklumat lanjut berkenaan program ini atau pun mahukan gambar lebih, boleh didapati daripada laman sesawang PERKIM ok.. Saya tidak mahu mengulas apa2 berkenaan program ini. Saya percaya setiap peserta yang hadir ada pandangan berbeza mengenai program tersebut dan saya yakin setiap peserta mendapat hikmah daripada program ini. Insya ALLAH..

Wallahu'alam...


Ulasan

::Umiliya6677:: berkata…
assalamualaikum...salam..seronoknyer..program2 macamni...tahniah..menjadi muslimah yg sejati..syukur muda2 lagi dah terdedah..dgn ilmu agama kan
Ummu Syuhada' berkata…
Waalaikumussalam wbt..
Hmm,saya tak nak komen apa2 mengenai program tersebut kak..
Apa2 pun saya bersyukur kerana terpilih untuk menyertai program khemah ibadah anjuran PERKIM ini.. (^_^)v

Catatan popular daripada blog ini

Apa Itu Ilmu Perbandingan Agama?

Andai Hati Mampu Berkata-kata...

Antara Lobak, Telur Dan Kopi…