Daku Kembali!!

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang....

Lama sangat saya menyepikan diri. Ada antara teman blog yang bertanya bila saya mahu up date blog saya ini. Dan ada teman yang berfikir saya telah berhenti menulis blog kerana tugas saya apabila masuk tahun baru masihi ini begitu bertimbun.  Ya, tugas saya semakin bertimbun. Saya fikir, apabila berada di semester akhir pengajian, dapatlah saya menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran. Hehe..Tidak rupa-rupanya. 

Namun selama sebulan saya tidak berblog ini, terlalu banyak kisah dan peristiwa yang saya alami. Sungguh mendewasakan diri ini. Saya sangat bersyukur pada Ilahi kerana diberi peluang merasai kemanisan, kepahitan, keindahan dan kesuraman hidup hanya dalam tempoh masa sebulan. Masya ALLAH!! Dari peristiwa-peristiwa yang saya anggap merupakan ‘tarbiyah’ dari ALLAH ini telah menemukan saya pada jiwa saya yang telah lama menghilang. Hilang setelah segala cita-cita dan impian yang saya lakarkan  bersama  ayah tertimbus dalam perut bumi setelah ayah pergi untuk selama-lamanya.

Jiwa saya kembali ke dalam diri. Tetapi saya kurang selesa sebenarnya. Teringat saya akan diri saya ini adalah  manusia biasa yang bukan mudah untuk melupakan  sesuatu yang berbekas dalam kalbu. Hmm, fikir punya fikir, selidik punya selidik, rupa-rupanya baru saya sedar bahawa hati saya keras dulu, waktu sekolah dulu. Keras yang macam mana ya? Hehe..Bukan keras yang membawa maksud degil dan tidak boleh menerima kebaikan. Disebabkan hati saya keraslah saya dapat hidayah untuk mengikut jejak langkah ustazah dan cikgu2 saya, iaitu menjadi ‘muslimah’ adalah yang terbaik. Disebabkan hati saya keraslah saya istiqamah sehingga kini untuk meneruskan mujahadah seorang muslimah. Dan kerana hati saya keraslah juga saya dapat menjejakkan kaki ke menara gading, memekarkan kuntuman kebahagian dalam jiwa ibu dan arwah ayah.

Wahai dunia!! Daku kembali!!
Daku kembali dengan hati dan wajah baru,
Hati yang penuh kelembutan dan rasa cinta,
Wajah yang penuh keimanan dan dipandang mesra,
Langkah ini takkan siapa mampu hentikan,
Melainkan nyawaku dicabut dari badan,
Itu pun hanya selepas aku mendapatkan pengganti,
Yang bisa menggalas hasrat dan menyambung cita-citaku nanti.


Ulasan

.: Si BungaKopi : . berkata…
keras dalam erti kata positive. saya juga nak begitu.

Catatan popular daripada blog ini

Andai Hati Mampu Berkata-kata...

Apa Itu Ilmu Perbandingan Agama?

Antara Lobak, Telur Dan Kopi…